Program Pengakap Di Sekolah Rendah
Mar 10, 2009 - Pengakap Laut Sekolah Menengah Berakas turut serta dalam Perarakan. This new classification of the Boy Scout program allows the Sea Scouts. Beliau menjalani latihan kelautannya di HMS Conway selama 3 tahun. Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.
Mukadimah Terdapat pelbagai rupa dan berbagai jenis Buku Log Pengakap. Senario ini menimbulkan situasi kurang menyenangkan bagi sebahagian ahli pengakap dan Pemimpin Pengakap. Justeru itu terdapat berbagai cara dan bentuk buku log disediakan dalam pelbagai situasi. Kesesuaian isi kandungan dan keterbatasan masa, maka satu garis panduan penyediaan sesuatu buku log dihasilkan. Diharapkan ia boleh membantu pemimpin dan ahli pengakap.
Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang MUKTAMADatau WAJIB DIPATUHI tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca memahami kaedah serta bagaimana menulis penulisan sesebuah buku log. Apa Itu Buku Log? Pada kulit depan, tuliskan seperti berikut: (i) BUKU LOG LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA (ii) Nama Penuh: ___________________ (iii) Kad Pengenalan: _____________________ (iv) Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah (v) Kumpulan: K27 (vii) Nama Patrol: _____________________________ 5. Anda boleh menaip butir-butir di atas atau menulis dengan pen/marker untuk kulit hadapan di atas. Di bahagian dalam buku log, catatkan semua butir-butir yang telah diberitahu pemimpin ketika diadakan perjumpaan. Download medal of honor airborne. Setelah itu, pada helaian baru, lukiskan lencana keahlian dengan menggunakan pensel (dan jika boleh diwarnakan) dan tuliskan tajuk helaian itu sebagai LENCANA KEAHLIAN sama ada pada atas atau di bawah gambar lencana keahlian tersebut.
Anda juga boleh menampal gambar lencana keahlian ini. Muat turun nota-nota pada laman blog ini atau lain lain.
Muat turun hendaklah disimpan dalam bentuk Microsoft WORD iaitu format.doc 10. Lukis dengan pensel atau pen hitam mana-mana lukisan yang ada. Anda dibenarkan untuk fotostat lukisan tersebut dan menampalnya di dalam buku log. Salin nota-nota tersebut mengikut susunan topik, iaitu bermula dengan Topik 1 dan berakhir dengan Topik 7. Untuk Topik 2 (Prinsip Rukun Negara), saya membenarkan anda untuk mengambil nota-nota penting sahaja dalam huraian Rukun Negara.
Walaupun demikian, jika anda menyalin kesemuanya adalah lebih baik. Untuk Topik 6 (Sejarah Pengakap Malaysia & Pengakap Dunia), saya membenarkan anda memilih dan menulis 10 nota dari 18 nota yang diberikan dalam sub-topik Sejarah Pengakap Malaysia serta memilih dan menulis 15 nota dari 34 nota yang diberikan dalam sub-topik Sejarah Pengakap Dunia. Walaupun demikian, jika anda menyalin kesemuanya adalah lebih baik. Untuk Topik 3 (Lambang Pengakap Malaysia & Pengakap Dunia), anda dikehendaki mewarnakan lambang-lambang tersebut. Anda juga boleh mencetak lambang-lambang tersebut dan menampalkannya di dalam buku log.
Salin semua nota dalam Topik 1, 3, 4, 5 dan 7 tanpa meninggalkan satu perkataan pun. Lukis dengan pensel semua lukisan atau menampalkannya ke dalam buku log. Anda DILARANG menampal nota cetakan atau fotostat ke dalam buku log. Anda hanya dibenarkan menampal gambar sahaja ke dalam buku log anda. Serahkan kepada pemimpin apabila anda sudah menyiapkan buku log bahagian pertama ini. Buku log anda akan dinilai sebelum anda melaksanakan ujian lencana keahlian.
NORDIN AL-HAJ PEMIMPIN PENGAKAP REMAJA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA NERANG. PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-undang Pengakap UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, berrmaruah dan mempunyai kehormatan diri. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpinpemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.